July 4, 2012

Ya Allah ya Tuhanku, 
kau tenangkan hatinya di saat dia memerlukan 
kerana dia tahu, hidup bukannya mudah seperti yang pernah disangka, 
satu ketika dahulu 

Ya Allah ya Tuhanku,
kau restui cinta kami, 
semoga berkekalan hingga akhir waktu 
walaupun kami, hambamu yang hina 

Ya Allah ya Tuhanku, 
kau ajarkanlah kekasihku, 
kuat di hari-hari yang mendatang 
tunjukkan padanya, langit tidak selalunya kelam 

Ya Allah ya Tuhanku, 
kehadiranku, bukanlah tiap saat menjaga jasadnya 
Tidak selalu ada untuknya 
walaupun aku mencuba, namun ada batas dan ketika 
Aku tiada di sisinya 
untuk memberi semangat dan dorongan 


Ya Allah ya Tuhanku,
Tolong sentiasa ingatkan dia seandainya dia terlupa,
Tolong sedarkan dia seandainya dia terleka,
tolong sedarkan kekasih hatiku sekiranya dia melakukan pekara di luar jangkaannya

Ya Allah ya Tuhanku, 
Kau sejukkanlah hati kekasihku 
damaikan hatinya 
Jagalah dia, tiap saat dan waktu 
seperti dia, yang telah menjalankan tanggungjawab menjaga diriku 
ketika susah dan senang 


Ya Allah ya Tuhanku,
kau kembalikan lah dia seperti mula-mula aku mengenali dirinya
kau hentikan lah dia daripada pekara-pekara merosak kan dan menghancurkan dia
sedarkan lah dia dari segala kesalahan yang pernah dia lakukan.
matang kan dia untuk memikirkan kehidupan yang lebih penting daripada pekara-pekara yang tidak baik
Ya Allah,
kau pertemukan dia kepada kawan-kawan yang membimbing dia kejalan yang benar
kau kurniakan lah dia kawan-kawan yang tidak menghancurkan dia.
kawan-kawan yang membawa dia dan mengajar dia sesuatu yang baik
kau berikan dia kawan-kawan yang baik..

Ya Allah ya Tuhanku, 
Curahkan lautan rezeki Mu kepada kekasihku serta sekalian keluarganya,
seperti pemurahnya diriMu mencurahkan rezeki ke atas aku dan keluargaku 
Hindari mereka daripada kesusahan hidup, tipu daya manusia syaitan yang dayus 
Kerana mereka hambaMu telah berusaha di muka bumiMu 
kau sihat dan lindungi lah orang Tua nya dari kesakitan

Ya Allah ya Tuhanku, 
Matangkanlah hubungan kami,wangikanlah ia dan biarkanlah ia terus mekar seperti hari-hari lepas...kekal kan kami bersama hingga akhir hayat kami...kuat kan semangat kami untuk menghadapi dugaan-dugaan dari mu ya allah..jangan biarkan kami ada perpecahan dan perbalahan dalam hubungan kami ini...


Ya Allah ya Tuhanku
sihatkan tubuh badan kekasih hatiku
Kuatkan tulang 4 keratnya untuk dia mencari rezeki yang halal..

Ya Allah ya Tuhanku,
sesungguhnya cinta ku kepada nya iklas dan tulus..
sesungguhnya aku menyayangi diri nya dari dalam hati ini..
berikan lah dia sama seperti aku menyayangi hubungan kami ini...
ya allah,
bukan kan hati nya.
lembutkan hatinya,..
buang ego, panas baran dan pentingkan dirinya...


Ya Allah ya Tuhanku,
kau kabulkan lah semua permintaan dan doa ku ini,
hanya engkau sahaja yang dapat membantu dan mengkabulkan doa ku..
aku hanya mau yang terbaik baut dirinya..
aku tidak mahu dia terjeremus di kalangan orang-orang yang menghancurkan dia.
dia seorang kekasih / lelaki yang baik..
dia tidak layak untuk menjadi lelaki yang tidak baik..

Amin ya rabalalamin

0 kata-kata: